loading...

Ada sekali aku ternampak kesan biru di badan isteriku Rupa-rupanya ibu ku sendiri…

Asalamualaikum… Kisah nya begini. Dulu mak pernah tunangkan aku dengan seorang perempuan muslimah. Kami pun bertunang selama 7 bulan. Masa nak dekat2 kawin, aku kenal dengan seorang perempuan free hair. Aku jatuh cinta dengan perempuan free ni sebab walaupun dia free hair.

Aku nampak dia lebih sopan berbanding tunang aku yang aku tau memang suka layan lelaki tapi depan mak aku sopan pijak semut pun tak matti. Ok dipendekkan cerita. Perempuan free hair ni anak yatim piatu dan dijaga oleh non muslim. Aku tak tau lah kehidupan dia macam mana.

Yang aku tau dia muslim. Aku didik dan ajar dia mengaji, solat dan tutup aurat. Alhamdulillah dia cepat belajar min, sebelum ni dia ada bagi tau. Dia nak cari suami yang soleh, nak didik dia. Aku bukan soleh min, tapi kalau setakat solat, mengaji semua in sha Allah aku boleh..

Aku nak melamar dia min, tapi masalahnya aku tunangan orang. Aku bagi tahu dengan tunang aku. Kalau aku nak putuskan pertunangan tapi tunang aku tak mahu. Kebetulan tunang aku hamil. Ya min kami pernah bersama. Tapi dia yang goda aku. Aku tak ada niat nak sentuh dia.

Lagipun aku tak cinta kan dia. Dan bila aku kira2 aku yakin tu bukan anak aku sebab dah 3 bulan aku tak sentuh dia. Tapi dia meroyan cakap ni anak aku. Dia cakap kalau kami putuskan pertunangan. Dia akan bagi tau mak. Aku tak mahu mak tahu, aku risau mak aku marah sebab aku sayang mak. Taknak buat mak sedih.

Aku merayu2 kat dia. Tapi dia tak nak. Jadi aku terpaksa bagi tau mak. Kalau aku nak putuskan pertunangan. Mak mengamok bukan main. Aku merayu melutut kat mak. Tapi mak tak setuju. Aku terpaksa kawin senyap2 dengan isteriku.. dengan sekalu lafaz Alhamdulillah.

Hampir tarikh perkahwinan aku dengan tunangku. Aku dah kantoi sudah kawin senyap2. Mak mengamuk. Halau aku dari rumah. Allahu sedihnya aku masa tu..Selepas aku di halau. Aku tinggal dengan isteriku di rumah yang aku sewa. Rumah yang agak kecil lagi panas.

Isteriku hari2 hanya masak nasi dan telur. Ya Allah aku tak biasa makan makanan macam ni. Aku cuba cari kerja, tapi tak ada yang aku boleh buat. Aku tak biasa kerja dia kedai2. Aku hanya biasa kerja ofis. Aku kerja d syarikat mak. Aku di buang kerja. Duit ku semua di sekat.

Aku dah miskin merempat. Pagi tu. Isteriku kejutkan untuk sarapan air kopi dan biskut kering. Aku cakap kat isteri tolong jangan hidang tahi untuk aku. Aku buang semua makanan tu. Isteriku tahu menangis je. Sekarang dia dah bekerja. Gaji 2k je. Sedangkan dulu 2k bagi aku tak ada maknanya.

Bila isteriku gaji. Dia belikan aku mcd, fizza, dan semua makanan kesukaan ku. Tapi bila tak ada duit. Dia hanya masak nasi telur dan kicap. Aku tak boleh nak telan makanan tu semua. Akhirnya kami gaduh. Isteriku minta cerai. Tapi bagiku kawin hanya sekali seumur hidup.

Lagipun kalau aku ceraikan dia. Dia akan balik perangai lama. Free hair dan tak solat. 9 bulan aku bertahan. Akhirnya mak call aku. Mak minta maaf sebab buat macam tu. Mak minta maaf, mak ajak aku dan isteri tinggal dirumah mak, mak minta maaf kat isteri aku.

Kami bermaaf maafan dan kami pindah kerumah mak. Kebetulan isteriku hamil, Alhamdulillah. Sejak tu. Aku beri apa yang isteriku suka. Aku bawa isteri shopping, beli baju lawa2 dan apa sahaja yang dia suka. Namun isteriku berubah semakin kurang ajar..3 bulan isteriku hamil.

Masa kerja, isteri call menangis2. Cakap isteri terjatuh dan anak kami pergi. Ya Allah. Aku cepat2 ke hospital. Sampai sana. Isteriku dalam keaadan lemah. Aku tanya mak mana? Isteriku senyap tak jawab apa. Aku tak kerja. Aku jaga isteriku sampai sembuh.

Selepas isteriku sembuh, isteriku cakap dia nak kerja. Tapi aku tak bagi. Sebab aku mampu bagi apa dia nak.. yang jadi masalah. Bila aku balik kerja. Isteriku makan seperti kebulur. Aku rasa isteriku tak makan bila aku kerja. Aku marah dia sebab tak makan. Katanya dia diet.Pernah sekali kantoi.

Masa aku balik kerja. Ex tunangku dan ibuku sedang santai di ruangan dapur. Bila aku datang. Ex tunangku cepat2 pulang. Dia tak tahu kalau aku nampak dia. Isteriku juga tak tahu kalau itu ex tunangku. Alhamdulullah isteriku hamil lagi,

Tapi sekarang min, Isteriku mula berubah jadi kurang ajar terutamanya pada ibuku, bila ibuku pegang2 perut isteriku, isteriku akan tepis seolah2 tak suka ibuku pegang cucunya. Aku sedih bila ibuku diperlakukan seperti itu. Ada sekali aku ternampak kesan biru di badan isteriku Aku tanya dia kenapa ada kesan biru dia cakap ibuku pukul dia tapi jangan bagi tau ibu katanya.

Dan dia cakap dia syak ibu beri dia makan sesuatu sampai dia keguguran dahulu. Aku tak percaya ibuku sekejam itu. Yang aku tahu ibuku sayang isteriku sebab ibuku selalu beri duit, beg dan pakaian mahal2 untuk isteriku. Ibuku selalu beli makanan mahal yang berkhasiat untuk isteriku.

Ibuku sayang isteriku. Tapi sampai hati isteriku fitnah ibuku. Sekarang isteriku makin benci dengan ibuku. Start dia mengandung. Kurung diri dibilik. Lepas tu bagi tau aku dia nak pindah. Aku tak akan pindah sebab aku tak akan tinggal kan ibuku. Sayang ibuku. Dia yang lahirkan aku.

Isteriku cakap kalau aku tak nak pindah. Dia nak bercerai. Tak akan ceraikkan dia. Tapi aku tak sanggup tinggal kan ibuku. Sekarang ex tunangku pun selalu datang kerumah. Pernah sekali dia ajak aku berasmara di bilik. Tapi aku menolak. Ibu ku se akan2 memberi peluang antara aku dengan ex tunang. Tp aku sayang isteriku. Cuma aku buntu sebab isteriku suka fitnah ibuku. Tolong aku.

Sumber: Kisah Rumah Tangga

You May Also Like

About the Author: admin