loading...

Anak dah bersedia jadi kakak, Alif Satar umum bakal timang cahaya mata ketiga

Dikenali sebagai family man, kelibat pelakon, penyanyi dan pengacara popular Alif Satar sememangnya mencuri perhatian ramai. Dikurniakan dua orang puteri, kehidupan pelakon berusia 29 tahun ini semakin bahagia. Namun semalam, Alif Satar telah mencuri tumpuan apabila telah

mengumumkan dia bakal menerima kehadiran orang baru dalam keluarganya, selepas mengesahkan bahawa isterinya telah hamil anak ketiga. Berita itu telah dikongsikan melalui satu muat naik di Instagram, dengan memaparkan foto kedua orang puterinya sedang bermain alat permainan.

Big sis training…

Muat naik kapsyen oleh pengacara AJL ke-33 itu telah mencuit hati ramai. Menurut Alif kedua anak perempuannya perlu bersedia menerima adik baru. “Ariana here taking notes from the more experienced Alisha. So, cerita dia macam ni… korang semua macam boleh ‘magically’ teka from a white folded piece of paper that it was an ultrasound ( 2 post sebelum ni) don’t know how some of you did it, but tekaan korang betul…”

Sebelum ni ramai dah teka…

“Jadi berita gembira dikongsikan..alhamdulillah we’re expecting our 3rd child, Alif minta doa anda semua agar kandungan ni sihat dan semuanya berjalan dengan lancar.. God bless!! P/S: My living room penuh dengan glitter dari lip balm yang aku beli kat Primark untuk 2 budak kecik ni..

Congratulation Alif!

Selepas mengumumkan berita tersebut, ramai yang telah meninggalkan komen memberikan ucapan tahniah kepada Alif dan isteri. Mereka juga tidak sabar menantikan kelahiran cahaya mata ketiga Alif, yang diharap juga perempuan.

Alhamdulillah…

Jaga wife baik2…

Sumber : Instagram Alif Satar / Oh My Media

You May Also Like

About the Author: admin