loading...

Dia Terus Demam Panas Keesokan Harinya Selepas Pergi Tandas Malam Tadi…

Assalamualaikum. Kali ini nak kongsi kisah seram di asrama dulu. Pengalaman betul, okay! Memang seram bagi saya, paling seram yang saya pernah alami. Okey, dulu-dulu, masa ini tak tahulah macam mana. Tetapi hijab tu terbuka sikit. Mungkin benda itu nak tunjuk diri atau tiba-tiba ada kebolehan? Wallahualam. 

Kisah ini berlaku semasa saya F1. Yelah, masa sebelum masuk asrama tu banyak je dengar asrama ini dikaitkan dengan macam-macam kisah seram semua itu. Alhamdulillah tak pernah kena kacau, tetapi sampailah satu malam ini (dah nak akhir tahun dah masa itu). Saya ni memang berani sikitlah. Pergi tandas seorang-seorang kalau terjaga di tengah malam. Sebab malas nak kejutkan orang tidur.

Ada je dengar bermacam-macam kisah seram, contohnya ada pelajar senior kata dia ternampak ‘kawan’ dia tengah basuh baju malam-malam bila dia pergi tandas seorang diri. Dia pun peliklah kan, siapalah yang berani basuh baju malam-malam tu weh! Bila pagi keesokan harinya, kawan dia kata dia tak basuh baju pun. Haha! Kecutlah perut si senior tu. 

Okey back to the story. Malam itu saya terjaga dan rasa nak pergi ke tandas. Awal lagi rasanya masa tu, lebih kurang dalam jam 12 malam. Tetapi biasalah, lampu di asrama memang ditutup awal. Jadi, tidur pun awal. Tepat-tepat jam 12 memang dah sunyi sepi asrama itu. 

Seperti biasa, saya pun keluar pergi ke tandas di tingkat atas sebab tandas di aras saya ini tak ramai orang gunakan dan memang agak seram sikit. Bagi saya, mungkin tandas di tingkat atas okey sikit. Bila sudah sampai ke tandas tingkat atas itu, sebelum melangkah masuk tandas itu tiba-tiba rasa semacam sangat. Tetapi disebabkan dah tak tahan nak terkucil sangat, saya pun straight saja masuk ke tandas. Malas nak melayan perasaan takut. 

Untuk pengetahuan, tandas di tingkat atas ini besar. Masuk-masuk saja tandas itu, di tepi ada ruang basuh baju dan tempat mengambil wudhuk. Di belakang sikit baru ada shower dan bilik air. Takut korang keliru. Tandas ini include semua bilik air, wudhuk, shower, sinki dan lain-lain. Tetapi bilik air itu tempat jamban tu. Jangan terkeliru pula tau!

Jadi, saya pun terus meluru masuk ke bilik air yang menghadap pintu masuk tandas itu. Kiranya tak tersorok sangatlah bilik air itu. Selepas selesai urusan itu, semasa nak keluar dari bilik air itu, tiba-tiba terdengar ada bunyi ‘sesuatu’ yang masuk pintu tandas. Masa tu memang dah fikir, “nak lari macam mana ni?” sebab dalam hati dapat rasa ‘benda’ itu bukan manusia. 

Saya takut kalau keluar dari bilik air itu, nanti ternampak benda itu menunjukkan rupa dia pula. Saya yang pengsan di tandas nanti (sebelum belum itu tak pernah lagi nampak benda-benda ghaib ini. Fuhh!) 
Tak tahulah kenapa, masa tu macam tak boleh berfikir dengan betul dah. Jadi saya duduk dalam bilik air sambil baca surah-surah yang ada di dalam kepala. Ada ke patut saya baca ayat Quran dalam tandas? Aduh la. Takut sangat punya pasal. 

Masa itu memang takut sangat-sangat sebab mula-mula dengar ada ‘sesuatu’ masuk pintu utama tandas itu. Tiba-tiba terdengar sebelah kaki dia itu pakai loceng kalau nak menari itu. Kemudian terdengar satu lagi kaki dia seperti ada besi mengikatnya dan jalan menyeret. Memang tegak bulu roma sampai tak berani keluar dari tandas itu.

Lagilah takut bila bunyi itu tak berhenti. ‘Dia’ seolah-olah berjalan ke arah bilik saya dari pintu masuk utama tandas itu. Kemudian ke bilik air di sebelah saya. Bunyi itu memang tidak berhenti langsung. “Sreettt! Sreettt! Sreettt!”Serentak dengan bunyi gelang kakinya, “Cing.. Cing… Cing..”. Tak seram ke weh? Berulang kali pula tu.

Seolah-olah dia jalan berulang alik dalam tandas itu untuk menunggu saya keluar dari bilik air itu. Seramnya memang Allah saja yang tahu. Seram sangat sampai hilang mengantuk. Hahaha! Hmm, memang saya duduk lama sangat dalam bilik air itu, seolah-olah terperangkap.

Tak berhenti-henti istighfar dan baca ayat Quran yang ada dalam kepala. Sebab bunyi seretan kaki dia itu memang tak berhenti. Sepanjang berada di dalam tandas itu, saya tekap saja telinga. Sepanjang malam saya berdiri dalam tandas okey. Memang lenguh kaki saya. Nak duduk tak berani, kotor. Haha! 

Kredit: The reporter

You May Also Like

About the Author: admin