loading...

Elakkan Kereta Berbahang Walaupun Dibiar Parking Waktu Panas Terik !

Pernah tak bila pergi kerja, parking kereta dekat tempat tak berbumbung dan waktu lunch hour je nak guna kereta pergi makan, buka-buka je “Wow! Panasnya!” Sampaikan nak pegang steering pun tak mampu sebab panas betul. Terpaksa bukak pintu kereta luas-luas, start enjin dan pasang air-cond kuat-kuat dan biarkan ianya sebentar sampailah kereta sejuk sikit, betul tak?

Ada cara untuk nak skip kesemua bahagian ni. Korang tak perlu nak susah-susah buka kesemua pintu kereta dan tunggu sampai sejuk sikit. Paling penting sekali, tak perlu nak tinggalkan kereta dengan cermin kereta yang diturunkan sedikit. Bahaya tau! Hanya perlu pulas butang fungsi ini sahaja:

Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.

Sewaktu memandu pastikan korang tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.

Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka

Bila korang nak parking kereta di kawasan tidak berbumbung dan ditambah pula dengan cuaca panas, jangan pula tutup flap air cond tu. Sebaliknya, korang kena biarkan ianya terbuka agar udara panas tidak terperap dalam kereta.

Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk nak curi kereta kan? Apa pendapat anda semua bila baca artikel ini. Jika anda rasakan tips ini boleh diguna pakai. anda boleh cuba sendiri. Tips ini sangat lah mudah dan ia tidak bebankan kerana hanya satu pusingan atau pun satu button.

Sumber : petuaibu

Tips Kereta Bau Wangi

Petua Wangikan Kereta. Masalah dalaman kereta sering berbau busuk dan hapak pasti dilalui oleh sesiapa saja yang memiliki kereta. Lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai anak yang suka makan ketika berada dalam kereta dan bahan makanan mungkin terjatuh atau tertumpah dan sebagainya yang akan meninggalkan bau yang kurang menyenangkan.

Sebenarnya berbagai cara dan petua untuk mewangikan kereta yang tahan lama boleh dilakukan sama ada menggunakan pewangi yang boleh dibeli seperti pewangi Fleur atau dibuat sendiri menggunakan kaedah tertentu yang memerlukan kos yang mahal atau murah, semuanya anda yang tentukan sendiri.

Bagi mereka yang begitu mementingkan penjagaan kereta sama ada dari dalam atau pun luar kereta termasuklah bau dari dalam kereta adalah lebih baik mengikuti cara dan tips yang dikongsikan oleh Ahmad Aizatnur Zakaria ini melalui akaun Instagram miliknya.

Apa yang menarik melalui perkongsian ini adalah kereta anda akan berbau wangi seolah-lah baru sahaja keluar dari showroom secara semulajadi dan menurut Ahmad dengan cara ini ia mengekalkan bau asal sesebuah kereta itu.

#Petua Wangikan Kereta

Berikut adalah cara-cara mewangikan kereta. Pertama, Sediakan satu bekas plastik. Saya pakai bekas beli “tau fu fa”. Kedua, Ambil satu getah gelang. Saya ambil di dapur. Ada banyak. Ketiga, ambil sehelai kertas tisu di ruang tamu. Keempat, satu sudu besar kopi Nescafe atau serbuk kopi.

Siapkan seperti dalam gambar di atas lalu simpan di bawa kerusi kereta anda. Sifat kopi memang menghilangkan bau yang kurang enak. Insyallah masalah bau yang kurang enak akan diserap oleh bau kopi yang segar aromanya.

Cara Nak Wangikan Kereta

Tak semua orang boleh gunakan pewangi yang dijual di pasaran kerana harganya agak mahal bagi mereka yang kurang berkemampuan. Malahan ada juga yang alah dengan bau-bauan ini dan ada yang boleh muntah apabila menggunakan pewangi kereta yang mempunyai bermacam bau. Berikutnya beberapa petua lain untuk membuat pewangi kereta sendiri di rumah dengan bahan semulajadi.

Daun Pandan

Hiriskan beberapa helai daun pandan dengan nipis dan masukkan ke dalam bekas yang sedikit terbuka di atasnya. Biarkan sahaja begitu dan ia akan menghasilkan bau dalam kereta lebih harum dan segar. Banyak kebaikan tentang daun pandan ini.

Lemon

Dua hirisan lemon memadai untuk wangikan dalaman kereta dan letakkan dalam kereta serta buka sedikit tingkapnya supaya udara yang masuk itu akan bertindak balas. Hirisan lemon itu akan menghasilkan bau yang harum dan pasti bau yang hapak akan hilang serta merta.

Limau Purut

Limau parut juga mempunyai kelebihannya yang tersendiri dan turut bertindak sepertimana lemon yang mengeluarkan bau yang segar. Hiris nipis lalu letakkan di dalam kereta anda dan biarkan aromanya terus meresap ke segenap ruang dalam kereta anda.

Kulit Kayu Manis

Anda perlu rebuskan sekurang-kurang 2 batang kulit kayu manis dan tuangkan air rebusan tersebut ke dalam cawan atau bekas yang terbuka. Kemudiannya letakkan air rebusan tersebut dalam kereta dengan tingkap yang tertutup ketika kereta tidak bergerak dalam jangka masa yang agak lama.

Cara dan petua di atas pasti akan membantu anda untuk menghilangkan segala bau busuk dan hapak dalam kereta anda malahan dengan bau yang wangi juga akan menyegarkan pernafasan anda ketika berada dalam kereta.

Masalah kereta yang berbau sebenarnya berpunca dari sisa makanan biasanya, jadi disebabkan perkara itu, anda harus mengelakkan makan ketika berada dalam kereta sekiranya anda inginkan keselesaan sewaktu memandu.

Sumber: Media Maklumat

You May Also Like

About the Author: admin