loading...

Hanya 3 bulan sahaja lelaki ini memutuskan hubungan yang bertahan selama 8 tahun.

Foto sekadar hiasan.Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh..alhamdulillah syukur dapat saya kongsikan di sini confession saya semoga memberi manfaat dan pengajaran buat yang lain.Saya yakin kisah saya ini ramai yang pernah melaluinya dan semua yang berada di situasi ini akan menangani dengan cara yang berbeza. Nama sy Ann, berumur 27 tahun, sudah bekerja.

Pada tahun 2010, saya telah menjejakkan kaki di IPTA dengan izin Allah dalam jurusan kejuruteraan dan pada masa itu saya hanya berumur 19 tahun. Saya tak ada ramai kawan lelaki dan tidak berniat nak mencari cinta di universiti, hanya nak belajar.Sewaktu sesi orientasi juga sebolehnya saya langsung tidak ambil kisah pada rakan lelaki yang memperkenalkan diri dalam sesi ice breaking.

Tetapi nak dijadikan cerita, saya terjatuh hati pada hamba Allah ini yg bernama khai kerana terlihat telatahnya melayan kanak-kanak, begitu sabar dan kanak-kanak juga sangat menyukainya. Khai 3 tahun lebih tua dan waktu itu dia berumur 22 tahun.Saya sedaya upaya tidak menunjukkan perasaan saya dan melalui hari-hari saya seperti biasa kecuali satu benda,

saya akan tengok pandang pada khai setiap kali berkesempatan. Dipendekkan cerita pada semester ke-3 iaitu pada hujung tahun 2011, kami berterus terang antara satu sama lain dan ternyata perasaan kami mutual.Saya banyak membantunya dalam pelajaran kerana dia agak lemah Bahasa Inggeris.

Khai juga banyak membantu saya dalam lain-lain hal dan banyak mengajar saya perkara baru.Selama 4 tahun di universiti, saya jarang keluar dengan Khai tanpa ditemani kawan baik saya. Kami juga banyak menghabiskan masa belajar bersama. Pada tahun pilihan raya yang lepas, saya bertemu dengan family khai di kuala lumpur. Ibu dan Ayah Khai sangat baik pada saya.

Cerita kami tidak habis setelah kami tamat belajar.Saya mengambil keputusan ke Kuala Lumpur untuk bekerja hampir dengan Khai. Pekerjaan pertama saya sebagai kerani sambilan adalah hasil pertolongan khai dan keluarganya memberi tempat menumpang tidur pada hari interview sehingga saya dapat tempat untuk menyewa.

Cabaran bekerja di tempat orang adalah sangat mengujakan. Banyak perkara baru yang saya belajar dan khai sangat banyak membantu saya, kami bekerja di tempat yang sama. Ujian seterusnya apabila khai mahu tukar kerja sebab ingin mengumpul duit kahwin, saya terharu.

Mencari duit pada zaman sekarang walaupun memegang segulung ijazah bukan mudah. Saya menyokong dan memberi semangat sepenuhnya pada khai. Khai tidak tahan bekerja selama sebulan sebagai telemarketer kerana bukan jiwanya. Khai berhenti..Selama beberapa bulan dia menganggur dan saya mendapat peluang kerja yang lebih baik.

Saya mengajaknya bekerja di tempat yang sama. Kami bekerja bersama tapi masih belum dapat mengumpul duit dengan pembayaran hutang ptptn yang tidak tersusun, gaji saya habis buat sara hidup di bandar termasuk menghantar sebahagian di kampung.Khai juga seorang yang taat, membalas jasa ayah ibu dahulu dan kami tangguhkan rancangan mengumpul.

Saya bertukar kerja ke sekian kalinya yang mana masuk dengan bidang yg telah saya sukai( Setelah 2 tahun kerja yang tidak menentu). Khai bekerja dengan rajin dan masih berusaha mencari keja tetap.Pada tahun 2016, keluarga Khai terpaksa pindah ke kampung halamannya kerana ayahnya sudah bersara dan kurang sihat. khai berhenti kerja, dan turut pulang ke kampung.

Di sana, Khai diuji dengan ketiadaan peluang pekerjaan yang disukai.Saya di KL agak terkontang kanting tanpa Khai dan agak sunyi tapi saya bulatkan tekad untuk terus berdikari. Doa saya tidak lupa untuk khai. kami masih berhubungan. Setelah lebih 4 bulan di rumah, Khai mendapat peluang bekerja di utara bersama rakan seperjuangan kami di universiti, Din dan Zul.

Berat Khai untuk meninggalkan family, amatlah menyedihkan tapi anak lelaki perlu bekerja dan mengumpul duit kahwin dia pergi ke utara. Kerja tu grade diploma tetapi Khai sangat cekap bekerja dan disukai bosnya. Khai menyuarakan semula rancangannya untuk berkahwin.Saya mengambil keputusan berhenti kerja di KL untuk pulang ke kampung halaman,

duduk bersama ibu ayah sebelum berkahwin. Sejak sekolah menengah saya tidak merasai duduk lama di rumah kerana masuk sekolah asrama. Maka saya rebut peluang ini dan bertekad untuk mencari kerja di kampung.Kebetulan saya juga akan dekat dengan family Khai. Iya, saya juga dapat membantu membawa ayah Khai untuk ke appoinment klinik dan juga membawa ibu Khai membeli barang dapur.

Beberapa barang hantaran juga kami sediakan sedikit demi sedikit untuk menjimatkan perbelanjaan akan datang. Barang kemas seperti cincin dan rantai juga kami telah beli dengan rancangan yg teliti.Nak dijadikan cerita, Khai dan saya semakin renggang setelah pergaduhan yang besar kerana saya dikatakan memilih kerja dan tak bersungguh-sungguh mencari kerja.

Saya mempunyai cita-cita untuk bekerja dalam bidang saya dan tidak mahu terburu-buru. Kami masih berhubung tetapi agak jarang.Khai juga sibuk mengambil kursus dan exam kompetensi untuk naikkan level jawatannya dan bagi mempunyai cert. bekerja dalam bidang yang lebih lumayan. Memerlukan RM5K untuk kursus tersebut itu juga loan.

Kami sangat tidak berkira soal duit dan simpanan saya juga terguna untuk membantunya. tetapi saya tidak kisah kerana dia juga sudah banyak membelanjakan wang untuk rancangan kami.Mac 2017, Saya dapat kerja. Jawatan memang superb GAJI, BONUS DAN INSENTIF sangat mengujakan. Alhamdulillah.

Rumah juga disediakan, bagi saya eksekutif yang bujang, rumah 3 bilik sangat luas untuk saya. Tetapi perkara ini tidak begitu menggembirakan Khai, dia sudah tidak berapa peduli.Kadangkala dia akan melayan saya dengan acuh tak acuh. Kursus kompetensinya tersekat di exam terakhir,perlu repeat. Mungkin hal tersebut menyedihkannya. Setelah beberapa bulan saya bekerja kami berjanji untuk berjumpa apabila dia pulang ke kampung.

Perjumpaan selama satu hari kami berbincang mengenai masa depan kami. Akhirnya, Khai tidak dapat memberi kata putus sama ada mahu meneruskan atau tidak. Wang simpanannya agak sedikit dan gajinya banyak ke arah kursus kompetensi. Saya mencadangkan wang hantaran agar tidak perlu menjadi masalah, berikan apa yang ada dan saya akan menolongnya topup.

RM5k juga saya ok, tak perlu hantaran mahal-mahal saya akan uruskan selebihnya tetapi Khai tetap tak setuju. Saya putus ayat dan diam. Berat hati kami berpisah pada hari tersebut dengan harapan hubungan ini menjadi.Hujung tahun 2017, Khai memutuskan untuk melepaskan saya dan apabila ditanya bukan kerana orang ketiga. Walaupun saya tidak boleh menerimanya saya terpaksa. Harapan dan doa saya masih pada Khai.

Saya juga tidak curang atau berhubung dengan mana-mana lelaki walaupun di tempat baru saya seorang sahaja eksekutif perempuan. Pada minggu lepas April 2019, Khai menghubungi saya untuk memberitahu bahawa dia akan berkahwin pada hujung bulan 4 ini!!!

Khai berterus terang bahawa dia berkenalan dengan Sya (bakal isterinya) hanya 3 bulan dan terus merancang untuk berkahwin.Sya seorang anak yatim yang tiada bapa sejak kecil serta anak sulung dari 3 orang adik beradik, Khai membuatkan Sya dan ahli keluarganya teringat tentang pemergian ayah mereka (means sangat serupa).

Ibu Sya sangat berkenan pada Khai. Sejak berkenalan dengan Sya, rezeki Khai nampak berubah. Khai lulus exam kompetensinya dan memegang dua jawatan di syarikatnya. Gajinya bertambah. Setelah mengambil keputusan ingin berkahwin dengan Sya, Syarikat menghadiahkan bonus yang cukup untuk menampung wang hantaran kepada Sya sebanyak 20K. MASYAALAH.

Dalam masa beberapa bulan SAHAJA, Allah mudahkan perjalanan mereka. Tambahan pula Sya bukan orang semenanjung. Tetapi, itu juga tidak menjadi masalah buat Khai dan ahli keluarganya. Segalanya mudah dan jelas. Khai bukan untuk Ann.Sekarang bagi saya tamparan yang sangat hebat apabila harus terima Khai bakal menjadi suami orang lain. Tidak pernah terbayang lelaki lain sebagai suami dan saya tersedar dari khayalan. Ini realiti dan Ann harus kuat.

JODOH itu REZEKI DARI ALLAH yang telah ditetapkan apabila roh ditiupkan ke dalam jasad seorang manusia. Oleh itu, saya redha bahawa Sya adalah rezeki Khai. Hidupnya berubah sekelip mata selepas kehadiran Sya.Hari ini, saya mahu tekankan bahawa jodoh,pemergian itu aturan Allah dan kita manusia takkan berupaya menolak dan menyangkalnya. 8 tahun vs 3 bulan semua itu angka.

Harus redha dan mencari hikmah disebalik yang terjadi.Saya masih dalam usaha untuk move on dengan lebih mendekatkan diri kepada Allah, memperbaiki kekurangan diri dari segala segi, teruskan berdoa dan berusaha mencari PEMILIK REZEKI ALLAH ini agar dapat membantunya melayari bahtera ibadah sebuah perkahwinan.Saya juga berharap agar sesiapa yang pernah berada di situasi ini, agar jangan berputus asa. Yang lebih baik akan muncul mengikut masa Allah, bukan ikut masa kita.

Sumber : Dunia Kini

You May Also Like

About the Author: admin