loading...

Luahan Ammar Alfian memohon maaf demi menyelamatkan rumah tangga.

Kontroversi rumah tangga pelakon Ammar Alfian yang didakwa berlakuke atas isteri Nelissa Nezam yang sedang hamil 6 bulan masih belum ada penyelesaian.antara mereka masih lagi berterusan sehingga ke hari ini kerana Ammar menafikan dakwaan kecurangannya itu. Terbaharu, menerusi Instagram Ammar dia telah tampil memohon maaf dan mengaku bahawa perbuatannya itu salah.

‘Saya tak kan main permainan ini..’

Menurutnya, kini, dia hanya fokus pada anak yang bakal dilahirkan dan tidak mahu bermain dengan ‘permainan’ yang dibuat oleh isterinya itu semata-mata ingin memperbesarkan masalah serta memalukan dirinya.

Dia juga memberitahu bahawa, dirinya sudah berkali-kali memohon maaf terhadap isterinya itu atas kesilapan yang dilakukan. Tambahnya lagi, dia sudah redha dengan ujian daripada Allah dan berdoa agar diampunkan segala kesilapannya itu.

Dia juga meminta netizen menghormati dan memberi ruang untuk dirinya memperbaiki keadaan untuk menyelamatkan rumah tangganya itu.Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan kini isterinya sedang sarat hamil anak sulung mereka.

Kredit : Ohbulan

Artikel Berkaitan ‘Saya Maafkan Dia’ – Didakwa Curang, Ammar Alfian Akhirnya Buka Mulut

Nama pelakon Ammar Alfian hangat diperkatakan semalam apabila isterinya, Nelissa Nezam mendakwa suami yang dinikahinya selama 3 tahun itu berlaku curang.

Menerusi laporan Mstar, pelakon tersebut menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah dan isterinya turut mengakui kesilapan selepas menghebohkan dakwaan tersebut di media sosial.”Saya memilih untuk berdiam diri”

Saya memilih untuk berdiam diri kerana anda tidak layak untuk mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu. Untuk pengetahuan anda, isteri saya telah memohon maaf atas setiap kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini. Saya juga telah memaafkan dia seperti mana saya maafkan anda atas spekulasi serta fitnah terhadap saya.

Menurut Ammar, dia berdiam diri kerana masyarakat tidak perlu tahu mengenai kisah sebenar hal rumah tangganya lagipun, isterinya sudah meminta maaf atas  kenyataan yang dikeluarkan di Instagram. “Percaya sebelah pihak sahaja”

Beberapa akaun rakan serta peminat yang menentang dirinya turut disekat ekoran dakwaan tersebut. Tambahnya, individu tersebut tidak perlu berpura-pura. Anda memilih untuk percaya kenyataan sebelah pihak sahaja.

Kepada rakan mahupun mereka yang berpura-pura, jika anda disekat atau saya tidak mengikuti anda, ia bermaksud saya tahu anda berdiri untuk menentang saya.

Saya maafkan anda semua tetapi saya tidak akan pernah melupakan. Terima kasih. Ammar dan Nelissa mendirikan rumah tangga pada 6 Mac 2016 dan kini isterinya sedang sarat hamil anak sulung mereka.

Kredit : Ohbulan

Artikel Berkaitan Isteri Dakwa Ammar Alfian Berlaku Curang Ketika Dirinya Hamil 6 Bulan

Pendedahan panjang lebar ini telah ditulis oleh Nelissa Nezam menerusi akaun Instagramnya. Antara kata-katanya ialah:-

Ramadan tahun ini menguji saya dengan cara yang tidak terjangka. Saya mendapat tahu suami yang dikahwini selama tiga tahun telah berlaku curang ketika saya sedang sarat mengandungkan anaknya.

Saya tidak pernah tahu saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan. Akan tetapi saya percaya bahawa semuanya berlaku dengan alasan dan Allah mempunyai rencana yang lebih baik untuk saya dan bayi dalam kandungan ini.

Ketika mendapat tahu tentang hal ini, saya rasakan seluruh dunia ini telah musnah dan fikir tidak akan mampu untuk mengharunginya. Mujurlah ada keluarga dan rakan-rakan yang membuatkan saya kembali kuat selepas dicurangi suami sendiri.

Sesungguhnya hati isteri mana yang tidak sedih apabila mengetahui suaminya bermain kayu tiga, lebih-lebih ketika sedang sarat mengandung. Semoga Ammar Alfian akan menginsafi perbuatannya dan memohon maaf dengan penuh kejujuran. Sayang sungguh jika si anak dilahirkan tanpa seorang ayah di sisi. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.

Kredit : Beautifulnara

You May Also Like

About the Author: admin