loading...

Pengorbanan ayah menyambut kepulangan anaknya

Aku adalah seorang guru yang mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Beberapa hari selepas aku telah ditugaskan menjaga semasa waktu murid-murid selesai sesi persekolahan untuk pulang. Aku hanya terpacak sahaja di tepi pagar memantau keselamatan murid keluar masuk sambil dijemput oleh ibu bapa masing masing. Yang datang semua berkereta besar. Yang paling kaya aku tengok datang dengan berkereta Hummer. Kalau langgar motorsikal aku pun boleh hancur. Aku adalah satu satunya guru bermotorsikal di sini hehe

Cuaca petang sekitar jam 1.45 petang memang sangat terik. Aku diteduhi bumbung bersebelahan pagar sekolah. Sambil mata tak putus melihat gelagat gelagat ibu bapa yang menjemput. Tertarik aku dengan seorang “uncle”. Dia datang dengan motorsikal. Siap sedia menunggu di depan pagar menanti anaknya. Aku hanya memerhati. Jarang jarang la ibu bapa Sekolah Jenis Kebangsaan datang dengan motorsikal. Diorang ni kaya raya.

Pakaian “uncle” ni sedikit lusuh. Berkerut muka menahan bahang matahari. Tetap setia menanti. Beberapa minit kemudian seorang kanak kanak perempuan datang menghampiri, aku terus memerhati dari jauh “uncle” tu mula keluarkan sebotol air minuman yang besar. Dicurah perlahan lahan di tempat duduk. Pelik kenapa pula tu? Sementara mengangkat beg anaknya ke raga hadapan.

Kemudian, dikeluarkan pula secarik kain yang sedia tersisip di raga motorsikal. Diambil dilap perlahan lahan pada tempat duduk yang telah dibasahi. Baru “kepelikan” aku terjawab ketika itu, demi keselesaan tempat duduk. Dibasahi dahulu supaya anaknya selesa dan tidak terasa panas. Walaupun membonceng motorsikal. Tidak berkereta mewah seperti rakan-rakan yang lain malah dapat merasai suhu dingin kereta ketika pulang keletihan. Si ayah tetap berikan yang terbaik, termampu pada kemampuannya.

MORAL OF THE STORY.
Betapa hebatnya pengorbanan seorang ayah kepada anaknya cuma kita kadang-kadang terlepas pandang pengorbanan ayah kita. Hargailah pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah, kerana setiap daripada kita sememangnya mempunyai seorang AYAH yang hebat yang sentiasa menyayangi anaknya cuma lain ayah, lainlah caranya memanjakan anak.

Renungkanlah. Ayah tidak meminta untuk dibalas akan jasanya, dia cuma mahu anak-anaknya menjadi insan yang berguna, yang dapat membanggakannya. Adakah kita seperti yang dia inginkan? Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah berganti nyawa. Itulah ungkapan yang sesuai bagi mencerminkan kasih sayang seorang ayah.

Sentiasa berbakti dan berdoa untuk ibubapa kita tak semestinya apabila mereka telah pergi menghadap Ilahi. Tetapi, biarlah mulai sekarang, agar disediakan untuk ibu bapa kita di sana nanti sebuah TAMAN INDAH dan penyelamat ibu bapa kita dari balasan kubur dan api neraka. InsyaALLAH. Doa anak – anak yang soleh dan solehah yang di bawa bersama ke sana.

Rasullulah SAW bersabda yang bermaksud: “ Apabila perginya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan ANAK YANG SOLEH yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.”
– Hadis Riwayat Muslim –

Sumber : Kisah Jalanan

You May Also Like

About the Author: admin