loading...

Rider grabfood ini hampir menangis kerana terlalu terharu dengan tindakan pelanggan cina yang menghargai kerja dia.

BAGI mereka yang tugasnya ‘bergelumang’ dengan makanan, cabaran kerja pasti bertambah khususnya di bulan Ramandan.Begitulah yang dihadapi oleh Muhammad Suhaimi Hussin, 18, yang bekerja sebagai penghantar makanan di sekitar ibu kota.Namun, penat lelah kerjanya seakan-akan terubat apabila wujud pelanggan yang menghargai dirinya.

Mesra disapa Suhaimi, dia mengakui terharu apabila pelanggan berbangsa Cina yang ditemuinya pada Isnin lalu menghadiahkan sepucuk surat buatnya.Malah, individu itu turut memberi sedikit wang di dalam sampul sebagai tanda penghargaan di atas usaha Suhaimi menghantar makanan dalam bulan puasa.

“Apabila saya hantar makanan di sebuah rumah, saya tengok ada empat orang. Ada budak dan guru, mereka tengah belajar.“Salah seorang budak tu yang ambil makanan dan serahkan surat kepada saya. Masa jalan ke lif, saya baca dan senyum sahaja.“Lepas tu baru saya perasan mereka selitkan RM5.

Saya agak terkejut, walaupun nilai kecil, saya tetap terharu sebab dia hargai kerja saya,” ujarnya sewaktu dihubungi mStar pada Khamis. Mungkin dia pun nak hargai saya, sebab saya Melayu yang berpuasa, hantar makanan kepada mereka pada siang hari.MUHAMMAD SUHAIMI HUSSIN

Suhaimi membuat perkongsian mengenai peristiwa itu di laman Instagram sebelum rakannya, Alif Haikal memuat naik semula ke laman Twitter.Ia pantas menarik perhatian ramai sehingga menerima hampir 15,000 ulang kicau(Retweet).“Terima kasih untuk penghantaran makanan, selamat berpuasa.

“Terima kasih atas kerja keras dan sentiasa cemerlang dalam pekerjaan,” tulis individu itu menerusi surat yang dimuat naik oleh Suhami.
Kisah mengenai Suhaimi dimuat naik semula ke Twitter oleh sahabatnya, Alif Haikal (@ahaipong)Kata Suhaimi, dia terasa seperti ingin menangis kerana dihargai atas kerja yang dilakukannya.

Malah, ia juga membuktikan perpaduan kaum dan bangsa di negara ini masih lagi utuh dan harmoni.“Pada saya tak ada sesiapa yang bersifat perkauman. Semua kita saling menghargai tak kira kaum.“Mungkin dia pun nak hargai saya, sebab saya Melayu yang berpuasa, hantar makanan kepada mereka pada siang hari,” katanya lagi.

Suhaimi kini sedang menunggu tawaran untuk menyambung pelajaran selepas menamatkan persekolahan pada tahun lalu.Suhaimi yang menetap di Hulu Langat, Selangor mula menjadi penghantar makanan sejak Januari lalu.Dia yang menamatkan persekolahan pada tahun lalu bekerja secara sambilan sementara menunggu panggilan menyambung pelajaran.

Dalam pada itu, rata-rata ntizen turut meninggalkan komen menerusi posting itu.“Bila dapat pelanggan yang memahami ni terharu dia lain macam do,” tulis @emannsrn.“Janganla . My Chinese friend siap nak call kan bangun sahur tau start esok sebab aku asyik bangun lambat je diaorang kesian sebab takut aku lapar,” tulis seorang lagi ntizen.

By mstar

‘Tak boleh, kerja ini (rider Food Panda) hanya untuk orang yang tak rajin belajar dan orang yang keluar dari bilik besi’ – kata si ibu kepada anaknya

Buatlah kerja apa pun, asalkan pendapatannya halal dan boleh menampung keperluan sara hidup sendiri dan bonus jika dapat menampung keluarga. Ibu bapa sepatutnya mendidik anak dengan baik, bukannya mendidik mereka memandang rendah terhadap pekerjaan orang lain. 

Apa yang berlaku kepada pekerja penghantar makanan Food Panda ini sememangnya tidak boleh diterima akal. Tidak sepatutnya seorang ibu berbuat demikian lebih-lebih lagi memalukan orang lain di depan anaknya. INI BEBENANG tentang kisah yang berlaku tempoh hari. 

Anak: “Mak, kalau saya dah dewasa nanti, saya nak kerja macam dia boleh?” katanya sambil menunding jari ke arah saya yang memakai seragam Food Panda. Mak: “Awak tak boleh buat kerja seperti ini. Ini adalah kerja untuk orang yang tak pernah rajin belajar dan orang yang baru keluar dari bilik besi,” katanya. 

Excuse me?! Hahaha. Tak faham kenapa orang beranggapan sedemikian. Saya berusia 17 tahun, sedang melanjutkan pengajian di peringkat diploma. Saya bekerja separuh masa dengan Food Panda untuk menampung perbelanjaan harian saya. Saya tidak mahu bergantung pada ibu bapa kerana saya mahu belajar berdikari dan keluarga pula mengalami masalah kewangan. 

Untuk orang yang baru keluar dari penjara, tak pernah belajar rajin-rajin, ya, tak semuanya begitu. Malah, ramai di antara kami masih belajar dan ini hanyalah pekerjaan separuh masa. Kami memilih bekerja dengan Food Panda kerana bayarannya yang lumyan dan waktu kerjanya fleksibel. 

Adakah begini pandangan masyarakat terhadap petugas penghantar makanan? Sekurang-kurangnya kami berusaha menghantar pesanan makanan pelanggan walaupun dalam cuaca hujan.Ada sesetengah pelanggan menyangka kami memandu kereta atau menaiki perkhidmatan awam serta mula membebel apabila paper bag pesanan makanan mereka basah, lalu membuat aduan kepada pengurus kami. WTF? 

Malah ada yang pelanggan yang marah bila pesanannya lambat tiba sedangkan cuaca pada waktu itu hujan. Kenapa tidak awak cuba menunggang dalam cuaca hujan dan beritahu saya bahaya ke tak menunggang dalam keadaan seperti itu? Kepada pelanggan, apabila anda membuat pesanan dari Food Panda pada waktu itu pula cuaca hujan, tolonglah faham mengapa pesanan lambat tiba.

Bukannya semua rider yang mahu bekerja dalam cuaca hujan kerana bimbangkan keselamatan diri mereka. Balik ke cerita dalam lif tadi. Dah kenapa kamu cakap dan anggap semua pekerja penghantar makanan seperti sampah masyarakat? Rupa-rupanya orang-orang macam kau inilah yang menjadi penyakit dalam society sekarang.

Hanya kerana kamu seorang surirumah atau mempunyai pekerjaan yang lebih stabil dari saya. Tergamak menganggap kami seperti sampah dalam masyarakat sedangkan kami yang menyenangkan/memudahkan hidup kamu dengan menghantar pesanan makanan kamu apabila kamu tidak dapat mendapatkan makanan itu sendiri. Belajarlah menghargai orang. Jangan memandang rendah orang lain seperti itu.

Sumber: @ahmsafiyybr

You May Also Like

About the Author: admin