loading...

Rintihan kerinduan kembar ini merayu menanti kepulangan ibunya mengundang sebak netizen.

Alangkah pilunya, dikala kanak-kanak lain gembira berada disamping orang tua mereka, lain kisahnya buat pasangan kembar ini apabila ditinggalkan oleh ibu mereka tanpa khabar berita.Kisah malang pasangan kembar, Mohd khairul Danish dan Mohd Khairul Danial, 11, itu diketahui menerusi rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, apabila mereka diundang sebagai tetamu jemputan.

Ibu pergi sampai sekarang tak balik ambil kami…

Difahamkan, kali terakhir mereka berjumpa dengan ibu kandung yang bernama, Siti Norazimah ketika mereka berusia 9 tahun, manakala bapa mereka telah menghilangkan diri sebelum mereka dilahirkan lagi.Ibu pasangan kembar itu meninggalkan anaknya di rumah nenek mereka, sebelum kembar itu ditempatkan di rumah anak yatim Dar Asnaf Al-Fateeh Al-Idrisiah, Ulu Yam, Selangor selepas kemtian nenek.

Mama datang la jumpa abang dengan adik…Lebih memilukan, pengacara tersebut telah meminta dua beradik itu memberikan pesanan kepada ibu kandung mereka, namun belum sempat mulut berbicara dilihat air mata kanak-kanak itu telah terlebih dahulu mengalir.

Mungkin sudah begitu lama memendam rindu, pasangan kembar tersebut tidak dapat menahan sebak mengenangkan ibu mereka yang sentiasa dinantikan tanpa jemu.“Mak datang la jumpa dengan abang dan adik, ambil la adik dengan abang bawa balik…

Itulah ucapan kembar tersebut sehingga membuatkan suasana di studio menjadi pilu dan dapat dilihat salah seorang pengacara tidak dapat menahan air mata selepas mendengar kata-kata dua beradik tersebut.Di akhir rancangan, mereka sempat menitipkan doa buat kesejahteraan ibu

yang cukup dirindui, semoga dua beradik ini dikurniakan masa depan yang cerah dan dapat disatukan semula dengan kedua orang tua mereka.Sempena bulan baik ini, moga dapat diketemukan semula dengan ibunya.Semoga urusan kembar ini dipermudahkan.

Sumber : Malaysia Hari Ini

Rintihan Sayu Nak Jumpa Ibu Bapa Kandung

Agak sukar untuk mencari ahli keluarga yang sudah lama tak berjumpa apatah lagi yang ditinggalkan. Tetapi, seorang pelajar diploma Pembantu Perubatan di sebuah kolej di Seremban, Negeri Sembilan bertekad untuk mencari ibu bapa kandung yang meninggalkan dirinya di sebuah perhentian bas 10 tahun lalu.

Segalanya bermula apabila lelaki tersebut, Mohamad Putera Zainuddin, 21 tahun, pernah ditanya oleh guru tadika mengenai status kelahirannya hingga dia menangis.Ibu angkat Putera, Saodah Mahmood, 59 tahun, berkata dia terpaksa menceritakan perkara sebenar iaitu Putera sebenarnya anak angkat kepada keluarga mereka.

“Saya tidak sampai hati mahu menipunya dan berterus terang mengenai statusnya itu. Hanya Allah yang tahu perasaan saya ketika itu dan berharap dengan cara ini tiada masalah lain akan timbul di kemudian hari,” jelasnya.Setelah Putera habis Sijil Penilaian Menengah (SPM), dia bertanya lagi kepada ibunya mengenai kubur ibu bapanya kerana ibunya memberitahu ibu bapanya menghadap ilahi akibat kejadian tidak diingini berlaku.

Dengan berat hati, Saodah merelakan anaknya pergi ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, Pahang untuk mencari kisah sebenar yang berlaku selepas dia dilahirkan.“Sebaik membaca kandungan fail, dia menghubungi saya dan kami sama-sama menangis. Mula saat itu Putera nekad mahu mencari ibu bapa serta bidan yang menemuinya,”

katanya yang memberi semangat penuh kepada anak tunggalnya itu supaya mencari ibu bapa kandung.Pada 10 tahun lalu, Putera ditinggalkan di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996 sebelum dijaga oleh Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah.

Kini, Putera sedang berusaha menjejaki ibu bapanya dan setakat ini sudah berjaya menemui perhentian bas yang merupakan tempat dia ditinggalkan oleh mereka dahulu.Semoga Putera dapat berjumpa dengan ibu bapa kandungnya dengan selamat dan mengetahui kisah sebenar apa yang berlaku pada masa lalu daripada mereka.

SUMBER:HARIAN METRO

You May Also Like

About the Author: admin