loading...

Selepas dedahkan perangai pelik, terjadi satu insiden dengan tunangnya

Tunang kepada pemuda yang mendedahkan dirinya sebagai ‘wanita berperangai pelik’ selepas insiden pergad0han mereka tular di media sosial tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku antara mereka.Wanita yang dikenali sebagai Irene itu mengakui amat kesal dengan tindakan tunangnya, Nim yang sanggup menyebarkan perkara tidak benar mengenai insiden pada Rabu lalu.

Irene mendakwa dia sebenarnya dikasari selain dilemparkan dengan kata-kata kesat oleh tunangnya itu semasa insiden tersebut.“ Memang saya akui saya lambat sebab saya dapat order daripada mama saya untuk ambil cek company dekat Teluk Panglima Garang pada puk0l 4 petang. Lepas tu saya kena terus ke Maybank Setia Alam untuk bank ini cek deposit tu.

“ Dia keep on calling. Saya siap tunjuk bukti jalan jem dekat dia. Sampai je dekat Alam Budiman saya minta maaf tapi dia tanya lagi kenapa lambat… dah berapa kali macam ni. That’s fine. Saya faham mungkin sebab dia puasa.“ Tapi masa nak gerak ke jalan besar dia ungkit lagi, jadi memang saya marahlah.

Dia berhenti tepi jalan kemudian dia mesej dekat group kawan-kawan dia kata anj1ng ni lambatlah. Masa gad0h tu dia ada juga call kawan dia beritahu saya ni lambat, saya ni buat hal lah… dia panggil saya anj1ng.“ Dia kata ‘kau baik keluarlah menyusahkan aku’. Saya pun buka pintu kereta dan ambil phone dia sebab nak tengok WhatsApp dia.

Itu memang betul. Dari situlah pergad0han bermula. Dia grab saya punya leher, tarik saya, tumb0k badan saya… lepas tu heret saya tepi jalan,” katanya kepada mStar.Atas sebab itu, Irene berkata insiden yang kebetulan berlaku di hadapan bazar Ramadan itu mendapat perhatian peniaga di situ.

“ Kalau orang ramai nak tau video yang tular itu hanyalah akhir kejadian. Sebenarnya waktu tu kami bergad0h hampir setengah jam. Abang baju biru dan mak cik yang cakap dayus dalam video tu dah saksikan dari awal lagi kejadian itu.“ Mereka jerit-jerit tapi bila makin teruk abang baju biru terus datang tanpa semena-mena dan terus puk0l dia.

Kita sebagai manusia biasa tengok orang gad0h tak akan terus bertindak melulu, orang tak gila nak terus puk0l… mereka tengok saya dah kena dulu sebelum tu.“ Tapi bila dah teruk sangat baru abang baju biru tu datang ke arah saya. Mungkin dia rakam tak nak tunang saya kena charge kerana melukakan orang, jadi dia niat nak tolong saya yang dipuk0l. Mungkin sebab tu dia buat video saat-saat akhir,” katanya.


Antara kesan lebam dan bekas gigitan Nim pada tangan Irene semasa mereka bergelut dalam insiden pergad0han itu.

Mengenai dakwaan Nim yang berkata dia terpaksa menggigit tangannya kerana dicekik, gadis dari Puncak Alam itu bagaimanapun menafikan perkara tersebut.“Sebenarnya tuduhan dia mengatakan saya cekik dia dari belakang tidak benar sama sekali. Masa nak balik ke bengkel dia dekat Putra Height jalan jem nak masuk highway Elite.

Jadi masa tu dia ambil dompet saya dan letak bawah paha dia.“ Saya pun pun ambillah IC dan wallet dia juga. Lepas tu masa nak masuk tol Shah Alam dia punya smart tag entah hilang ke mana jadi dia nak guna ICnya dekat lorong touch n go. Tapi tiba-tiba dia kata tak nak sentuh sendiri dekat tempat touch n go tu.“ Dia suruh saya yang sentuh dan masa tulah tu dia grab dan gigit tangan saya untuk saya lepaskan IC dan lesen memandu dia. Saya tak gila…

kalau ada rakaman CCTV di tol tersebut tolonglah tengok dan kaji.“ Tengok tangan siapa yang sentuh dari seat penumpang. Saya cakap ‘Wallahi, Wabillahi, Watallahi’. Itu punca tangan saya lembam-lebam, luka dan bengkak. Tapi saya dah dapatkan rawatan di sebuah hospital swasta keesokan harinya,” katanya yang kemudian berpindah ke tempat duduk belakang kerana mendakwa ditampar tunangnya

.Pada masa sama, anak kedua daripada dua beradik itu mendedahkan dia pernah meminta untuk berpisah secara baik dengan tunangnya itu kerana tidak tahan dikasari beberapa kali sepanjang hubungan mereka.“Saya sebenarnya tak nak buka aib dia tapi dia fitnah saya macam-macam. Dia pernah puk0l saya tiga… empat kali sebab tak dengar cakap dia. Dia memang panas baran.


Mesej Nim kepada Irene pada Mac lalu.

“ Tapi saya pernah WhatsApp dia Mac lalu nak berpisah secara baik… dia tak nak lepaskan saya. Dia pujuk saya kata dia masih sayang saya. Sebab sayang saya pun beri peluang dan bertahan sampailah insiden tempoh hari.“ Siapa tak sayangkan… kami banyak kenangan suka duka bersama. Lagipun kami kenal sebab sama-sama minat kereta, masing-masing ada bisnes sendiri.

Saya tak minta banyak cuma nak dia faham kerja saya,” katanya.Wanita berusia 24 tahun itu juga menafikan dakwaan Nim bahawa gambarnya sedang menerima rawatan di hospital sehari selepas kejadian itu hanyalah rekaan semata-mata.Dia kata kau baik keluarlah menyusahkan aku. Saya pun buka pintu kereta dan ambil phone dia sebab nak tengok WhatsApp dia. Itu memang betul.

Dari situlah pergad0han bermula. Dia grab saya punya leher, tarik saya, tumb0k badan saya… lepas tu heret saya tepi jalan.“ Saya ada bukti resit semua. Nak saya bawa jumpa doktor yang merawat saya pun boleh. Buat apa saya nak tipu. Saya terpaksa dapatkan rawatan sebab muntah-muntah dan penglihatan jadi kabur.

“ Kepala saya sakit melampau. Bila doktor check rupanya kesan bengkak dekat kepala bahagian bawah sebelah kiri. Ia disebabkan kesan puk0l semasa kami sedang bergelut dalam kereta,” katanya.Pada masa sama Irene turut kesal dengan kata-kata kesat netizen mengenai niatnya untuk mempercepatkan tarikh pernikahan mereka.

“Ya Allah sedihnya bila netizen cakap macam-macam pasal diri saya. Kononnya saya ni dah terlanjur dengan lelaki lainlah… Saya rasa tak kuat dah dengan fitnah melampau ini.Bukti ubat dan sijil sakit Irena semasa menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Shah Alam.“ Sejujurnya saya mahu mempercepatkan pernikahan kami kerana mama saya kata tak manis asyik keluar bersama selalu.

Lagipun mama tak suka saya balik lewat malam.“ Jadi saya beritahu Nim why not kita nikah dulu bulan Julai kemudian buat majlis resepsi pada 23 November ini. Dia pun setuju dan semua borang untuk nikah (pihak lelaki) dia dah lengkapkan,” katanya.

Irene berkata dia akur dengan hasrat Nim mahu memutuskan pertunangan mereka jika itu dirasakan jalan terbaik untuk mereka.“ Saya reda dengan apa yang telah terjadi. Mungkin ada hikmah di sebalik apa yang berlaku. Saya anggap ini dugaan semasa pertunangan kami. Sedih sebenarnya sebab kami memang rapat. Segala kenangan bersama dia adalah detik terindah dalam hidup saya.“ Dia dah kenal family saya, saya pun dah kenal family dia.

Saya terkilan sebab apa yang berlaku hanyalah disebabkan isu remeh… hanya sebab saya datang lambat sahaja. Segala doa yang baik-baik dari saya untuk dia.“ Sepatutnya kami pergi tengok baju nikah minggu ni. tapi tak jadi. Nasib baik persiapan baru buat sikit-sikit. Dia dah bayar duit booking tempat sanding RM2,500, beli cincin RM1,800 dan RM10 untuk borang nikah,” katanya.

Sumber: mstar

You May Also Like

About the Author: admin